Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah
dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan
yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi
yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai
menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak
soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang
ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat
keras buat mereka!!!!!!.
Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, maka suluk
bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab
Allah dan Rasulnya. Antaranya ialah sebagaimana berikut;
Nas
Pertama
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak
mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}
Nas
Kedua
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak
perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya
melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka
keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan
Ulama Muktabar]
1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.
Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).
Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah
muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab
RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita
Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.
Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah
pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)
beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.

MASALAH
PERTAMA:
Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa masalah di sekitar hukum ini:
Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa masalah di sekitar hukum ini:
a) Haram melihat kepada aurat perempuan yang ajnabi. Aurat
perempuan di hadapan lelaki ajnabi sebagaimana yang telah disepakati oleh
jumhur fuqahak ialah seluruh tubuh badannya
kecuali muka dan dua tapak tangan.
b) Fuqahak telah berselisih pendapat mengenai muka dan dua
tapak tangan perempuan ajnabi, adakah ia aurat atau tidak.
Menurut sebahagian ulamak, kedua anggota ini adalah aurat
yang wajib ditutup samada ia menimbulkan fitnah ataupun tidak, atau samada akan
menaikkan syahwat kepada lelaki yang melihat ataupun tidak.
Sebahagiannya pula berpendapat bahawa kedua anggota ini
bukanlah aurat yang wajib ditutup. Tidak diharamkan bagi seorang lelaki
melihatnya.
Walaubagaimanapun mereka ini bersepakat mengatakan
bahawa keduanya haram dilihat apabila akan menimbulkan fitnah. Ini bermakna
mereka bersetuju mengatakan haram hukumnya bagi lelaki ajnabi melihat kedua
anggota ini apabila menimbulkan fitnah atau melihat keduanya dengan syahwat.
c) Pengharaman melihat aurat bukan sahaja pada anggota yang
masih berhubung atau melekat dengan tubuh badan, bahkan diharamkan juga
melihatnya setelah ia bercerai dari tubuh badan seperti kuku, rambut, bulu
kemaluan dan lain-lain.
Wajib menyimpan anggota atau bulu yang telah bercerai dari
tubuh badan dari dilihat oleh lelaki atau perempuan ajnabi.
MASALAH KEDUA: Kanak yang
belum mengerti tentang aurat perempuan melihat perempuan.
Perempuan tersebut wajib menutup anggota di antara pusat dan
lutut sebagaimana auratnya di hadapan mahram.
MASALAH KETIGA: Lelaki yang
hampir baligh.
Lelaki yang hampir baligh diharamkan melihat aurat perempuan
yang ajnabi sebagaimana lelaki yang telah baligh (lihat masalah pertama).
MASALAH KEEMPAT: Lelaki yang
terpotong zakarnya dan buah pelirnya
Lelaki ini diharuskan melihat perempuan yang ajnabi
sebagaimana dia melihat mahramnya, iaitu selain anggota di antara pusat dan
lututnya.
MASALAH KELIMA: Lelaki yang
hanya mempunyai zakar sahaja tanpa buah pelir atau yang mempunyai buah pelir
sahaja tanpa zakar
Lelaki ini seperti hukum lelaki yang normal, iaitu yang
mempunyai zakar dan buah pelir (lihat masalah pertama).
MASALAH KEENAM: Hamba lelaki
melihat tuannya (perempuan)
Jika hamba tersebut bersifat adil (tidak fasik) dan tuannya
juga bersifat adil, maka harus melihatnya sebagaimana melihat mahram, iaitu
selain dari anggota di antara pusat dan lutut.
MASALAH KETUJUH: Melihat hamba
perempuan
Melihat hamba perempuan sebagaimana hukum melihat perempuan
yang merdeka (lihat masalah pertama).
MASALAH KELAPAN: Melihat
kanak-kanak perempuan
Harus melihat seluruh anggota kanak-kanak perempuan yang
belum sampai peringkat diingini oleh lelaki kecuali pada farajnya.
Diharuskan kepada ibubapa, penjaga atau perempuan yang menyusukan kanak-kanak perempuan yang masih dalam peringkat menyusu dan asuhan melihat dan menyentuh farajnya. Kerana dalam usia begini, ibu ataupun pengasuh terpaksa membasuh farajnya dari najis, mengubatinya atau sebagainya.

Melihat dan menyentuh zakar kanak-kanak lelaki adalah
sebagaimana faraj kanak-kanak perempuan.
MASALAH KESEMBILAN: Melihat
perempuan yang telah tua
Imam al-Ghazali berkata bahawa hukum melihat perempuan ajnabi
yang telah tua adalah sebagaimana hukum melihat perempuan yang masih muda.
MASALAH KESEPULUH: Melihat
perempuan yang mahram (yang haram dinikahi seperti ibu, saudara perempuan dan
sebagainya)
Seorang lelaki diharamkan melihat anggota di antara pusat dan
lutut mahramnya. Dia diharuskan melihat selain dari anggota tersebut.
Dia juga diharuskan berkhalwat dan bermusafir bersama
mahramnya.
MASALAH KESEBELAS: Lelaki
melihat lelaki
Seorang lelaki diharuskan melihat selain dari anggota di
antara pusat dan lutut lelaki lain.
MASALAH KEDUABELAS: Melihat
lelaki muda belia yang belum ditumbuhi janggut atau bulu (amrad)
Haram melihatnya dengan syahwat.
MASALAH KETIGABELAS: Perempuan
melihat perempuan
Sebagaimana hukum lelaki melihat lelaki (lihat masalah
kesebelas).
MASALAH KEEMPATBELAS:
Perempuan kafir melihat perempuan muslimah
Diwajibkan kepada perempuan muslimah menutup auratnya di
hadapan perempuan kafir kerana tidak, berkemungkinan dia akan menceritakan
auratnya kepada lelaki kafir.
MASALAH KELIMABELAS: Perempuan
melihat lelaki yang ajnabi
Sebagaimana hukum lelaki melihat perempuan yang ajnabi (lihat
Masalah pertama).
MASALAH KEENAMBELAS: Perempuan
yang fasik melihat perempuan yang terpelihara kehormatannya
Perempuan yang terpelihara kehormatannya wajib menutup
auratnya di hadapa perempuan yang fasik kerana melakukan zina atau lebian
(hubungan seks antara perempuan dengan perempuan)
MASALAH KETUJUHBELAS: Suami
melihat isteri
Di bawah ini adalah masalah yang berhubung kait dengan hukum
ini:
a) Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isterinya
atau hamba perempuan yang halal untuknya, tetapi makruh melihat farajnya
lebih-lebih lagi batin farajnya.
b) Diharuskan juga menyentuh farajnya. Manakala melihat dan
menyentuh duburnya tanpa memasukkan zakar ke dalamnya adalah harus.
c) Pengharusan ini hanya berlaku ketika isterinya masih hidup
lagi. Setelah kematiannya, hukumnya adalah sebagaimana melihat mahramnya (lihat
masalah kesepuluh).
MASALAH KELAPANBELAS: Isteri
melihat suami
Sebagaimana hukum suami melihat isteri (lihat masalah
ketujuhbelas).
MASALAH KESEMBILANBELAS:
Menyentuh sesuatu yang haram dilihat
Masalah di sekitar hukum ini ialah:
a) Haram menyentuh sesuatu yang haram dilihat sebagaimana yang tercatat di dalam masalah-masalah yang lalu, kerana menyentuh adalah lebih mendatangkan kenikmatan dan kelazatan lagi jika dibandingkan dengan melihat.

b) Haram bagi dua orang lelaki atau dua orang perempuan
berbaring di dalam satu kain atau selimut dalam keadaan berbogel dan di atas
satu tilam.
Ibubapa atau penjaga wajib memisahkan di antara kanak-kanak
lelaki atau perempuan dari tempat tidur ibubapanya. Begitu juga antara adik
beradik lelaki dan perempuan.
c) Haram memicit atau mengurut peha lelaki lain tanpa lapik.
Jika berlapik, maka diharuskan tetapi dengan syarat tidak dikhuatirkan fitnah
dan tidak dengan syahwat.
d) Haram menyentuh mahramnya, begitu juga sesama lelaki atau
sesama perempuan sekalipun pada anggota yang harus dilihat seperti pada kaki
atau perutnya, termasuk mengusapnya kecuali kerana hajat atau dilakukan kerana
timbul dari perasaaan kasih sayang serta bebas dari fitnah dan syahwat.
e) Haram menyentuh muka perempuan yang ajnabi sekalipun
diharuskan melihatnya kerana hendak meminang.
f) Hukum berjabat tangan.
i- Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan
yang ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:
Dalil pertama:
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata:
" Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari
berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.:
"Benar-benar telah bai'at kamu dengan ucapan."
adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.

Dalil kedua:
Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)
Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)
Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan
ketika bertemu.
Makruh berjabat tangan dengan orang yang mempunyai penyakit
kusta.
Haram hukumnya berjabat tangan dengan amrad (lelaki muda yang
belum tumbuh misai atau bulu) dengan disertai oleh syahwat.
g) Makruh memeluk dan mengucup kepala sesama lelaki atau
sesama perempuan kecuali terhadap orang yang baru sampai dari musafir atau
orang yang lama tidak ditemui. Bahkan perkara ini sunat dilakukan.
h) Sunat mengucup tangan orang soleh, warak, berilmu agama
atau sebagainya yang dihormati dan dimuliakan dari segi agamanya. Manakala
makruh hukumnya melakukan perkara tersebut terhadap orang yang dihormati dari
sudut keduniaannya, seperti orang yang berpangkat, orang kaya atau sebagainya.
i) Diharuskan mengucup mayat orang soleh.
j) Sunat mengucup kanak-kanak sekalipun anak orang lain
kerana kasih sayang.
k) Sunat berdiri untuk orang yang mempunyai kelebihan di
dalam bidang ilmu agama kerana menghormatinya, bukan kerana riyak, membesarkan
atau mengagungkannya.
l) Makruh membongkokkan badan terhadap sesiapa sahaja.
KEADAAN KEDUA: MELIHAT DENGAN HAJAT
Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan
kedua ini, iaitu:
1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi
kerana hendak mengahwininya
2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.
Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan
lutut.
3) Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti
berjual beli. Yang dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk
mengenalinya.
4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar kerana
menjadi saksi zina atau melihat buah dada kerana menjadi saksi penyusuan.
5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan
berbekam atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat:
a) Pengubatan itu dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh dipercayai.
b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh mengubatinya.
a) Pengubatan itu dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh dipercayai.
b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh mengubatinya.
6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika
mengajar dengan syarat:
a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita.
b) Berkeuzuran untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika mengajar menulis atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir.
c) Ada mahram, suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan tersebut.

7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.
Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat
perempuan yang dikutip dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.
Kesimpulannya; tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan menutup
kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.
Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di
bawah, semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;
"Dan tidaklah harus bagi
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya
menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka)
mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan
RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas
nyata." {Surah Al-Ahzab:36}
.
Allahu A'lam
100n
%1 1 0O� �� pan
style='font-size:12.0pt;font-family:"Times New Roman","serif";mso-fareast-font-family:
"Times New Roman";color:blue;mso-fareast-language:IN'>Mirza Pahlevi Mirza :.
Allahu A'lam
Sedangkan ancaman dan akibat yang akan didapat oleh orang yang memutus hubungan silaturahim sbb :
1. Akan terputus hubungannya dengan Allah swt.
Rosulullah saw bersabda, "...dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan
hubungan dengannya"
(HR. Bukhari, dan Muslim).
2. Tidak termasuk golongan yang beriman kepada Allah swt dan hari akherat.
3. Akan sempit rizkinya.
4. Akan pendek umurnya.
5. Akan dilaknat oleh Allah dan dimasukan kedalam neraka jahanam. (QS.13:25 & 47:22,23)
6. Tidak masuk surga. Dari Abu Muhammad Jubair bin Mut’im ra sesungguhnya Rosulullah saw bersabda,
“Tidak akan masuk surga orang yang memutus hubungan silaturahim.” (HR. Bukhari dan Muslim).
wassalam
Zainuri Abunawar apakah
boleh menghajikan ortu yg telah wafat (dasar hukumnya?), atau bersedekah atas
nama ortu ? atau mengadakan pengajian bersama utk mendoakan ortu ? terimakasih
Rayani Razak 1. Kedua
orang yang telah meninggal dan belum melaksanakan ibadah haji, Ahli warisnya
wajib menghajikannya dengan harta yang ditinggalkan, kalau ada. Ulama syafi'i
dan Hanbali melihat bahwa kemampuan melaksanakan ibadah haji ada dua macam,
yaitu kemampuan langsung, seperti yang sehat dan mempunyai harta. Namun ada
juga kemampuan yang sifatnya tidak langsung, yaitu mereka yang secara fisik
tidak mampu, namun secara finansial mampu. Keduanya wajib melaksanakan ibadah
haji
Hadist riwayat Ibnu Abbas " Seorang perempuan dari bani Juhainah datang kepada Rasulullah s.a.w. bertanya "Rasulullah!, Ibuku pernah bernadzar ingin melaksanakan ibadah haji, hingga beliau meninggal padahal dia belum melaksanakan ibadah haji tersebut, apakah aku bisa menghajikannya?. Rasulullah menjawab "Hajikanlah untuknya, kalau ibumu punya hutang kamu juga wajib membayarnya bukan? Bayarlah hutang Allah, karena hak Allah lebih berhak untuk dipenuhi" (H.R. Bukhari & Nasa'i).
2. Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (Sahih Bukhari dan Muslim)
3. Membaca al-Qur'an yang pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal oleh sebagian ulama Syafi'i dan ulama Hanafi, insya Allah sampai kepada mayit sebut. Imam Subki (ulama terkemuka mazhab Syafi'i) mengatakan : bacaan al-Qur'an yang ditujukan kepada mayit akan bermanfaat untuknya. Ibnu Solah juga mengatakan sebaiknya diniatkan bahwa pahalanya dikirimkan kepada mayit. Landasan yang mengatakan bahwa ibadah tersebut sampai kepada mayit adalah hadits yang mengatakan "Bacalah untuk orang yang meninggal dunia, surat Yasin", begitu juga dalil-dalil yang menganjurkan puasa dan menjalankan haji untuk orang yang telah meninggal. Demikian juga ada hadits yang mengatakan "Barangsiapa mengunjungi kuburan kemudian membaca surat Yasin, maka Allah akan meringankan penghuni kuburan tersebut, dan bagi pembacanya akan mendapatkan pahala" (hadits ini disebut dalam Bahrurra'iq,
karangan Zaila'i (Hanafi) dan sanadnya lemah).
semoga bermanfaat.

Rayani Razak makasih
banyak buat kak Mirza Pahlevi Mirza ats
penjabaran tentang KEUTAMAAN SILATURAHMI dan ANCAMAN BAGI YG MEMUTUSKAN
HUBUNGAN SILATURAHMI. NOTE yg sangat bermanfaat buat sy khususny dan buat grup
BELAJAR DAN BERBAGI umumny.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar